Webinar Kidsventure Pemasaran 1
21 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 Februari 2026, dua orang peserta telah menyertai Webinar Kidsventure Pemasaran 1 di NADI Sungai Bandung melalui platform Google Meet. Peserta diberikan pendedahan mengenai konsep asas pemasaran, termasuk cara memperkenalkan produk atau perkhidmatan kepada orang ramai secara kreatif dan berkesan. Webinar ini juga menjelaskan bagaimana pemasaran dapat menarik minat pelanggan serta meningkatkan jualan. Tenaga pengajar, Puan Zafirah Amalina Zainol Anuar, turut berkongsi contoh praktikal melalui bisnes aiskrim untuk membantu peserta memahami penerapan konsep pemasaran dalam dunia sebenar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: